Advocacy

Atap Untuk Rumah Ibu Khai Aziz

by NGOhub

MYR 100.00

Raised of MYR 5,000.00 target.


1

2%

Over 2 Years

Donors

Funded

Left


Mohammad Khairuddin Aziz atau lebih dikenali sebagai Khai Aziz ialah seorang aktivis, penyanyi dan penulis lirik yang aktif memperjuangkan kehidupan bebas dadah di kalangan belia melalui musik punk rock. Khai melalui NGO beliau, Drug Free Youth Association yang ditubuhkan lebih sedekad lalu telah memberi impak positif kepada lebih daripada 14,000 belia di ratusan buah sekolah hingga hari ini. Terkini, Khai dan ibunya telah terkesan akibat banjir yang telah menenggelamkan rumah milik mereka.

 

EN: Mohammad Khairuddin Aziz or best-known as Khai Aziz is an activist, singer and song-writer who advocates for youth to be drug-free through punk rock music. Khai led his own NGO, Drug-Free Youth Association for what has been more than a decade, impacting the lives of more than 14,000 youths across hundreds of schools and counting. Khai and his mother were victims of the recent flood which has badly damaged their home.

 

THE PROBLEM


 

Lewat tahun lepas ketika #DaruratBanjir, rumah milik ibu kepada Khai Aziz di Kampung Jawa, Klang telah ditenggelami banjir. Khai yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya telah terkandas bersama ratusan yang lain apabila laluan lebuhraya mulai dinaiki air. Beliau hanya mampu berdoa agar ibunya dapat diselamatkan.

Ibunya telah diselamatkan oleh seorang ahli keluarga yang tinggal berdekatan namun rumah ibunya telah mengalami kerosakan yang amat teruk. Tidak banyak barangan milik mereka yang dapat diselamatkan termasuk kenderaan dan pelbagai barang berharga.

Hujan lebat tanpa henti semasa banjir berlaku turut menyebabkan atap rumah ibunya mengalami kerosakkan yang teruk dan perlu dibaiki segera.

 

EN: Late last year during #DaruratBanjir, the home of Khai Aziz's mother, was badly damaged after being flooded. Khai was stranded on NKVE and could only pray for his mother's safety. Water flooded the entire house and many of their belongings were lost  or damaged due to the flood. The heavy rainfall that damaged his mother's roof badly and requires immediate fixing.

 

*Klik galeri untuk melihat keadaan rumah semasa banjir/Click gallery to view photos of the house during the flood.

 

THE SOLUTION


 

Meskipun dirinya dilanda musibah, Khai yang juga seorang sukarelawan masih ingin membantu masyarakat setempat. Ketika #DaruratBanjir, beliau masih memikirkan mangsa-mangsa banjir yang lain. Telah banyak yang Khai lakukan untuk masyarakat melalui gerakan anti-dadah beliau. Kini tiba masanya untuk kita membantu Khai baiki Atap Untuk Rumah Ibu.

Kos yang dianggarkan untuk membantu Khai membaiki atap rumah ibunya adalah sebanyak RM5,000.00. Kempen ini diwujudkan untuk menyokong dan membantu Khai Aziz serta ibu tersayang kembali pulih pasca #DaruratBanjir. 

 

EN: Despite his own difficulty to face, Khai has never forgotten about the local community. His heart and mind was with the other flood victims even when he was a victim himself. He has contributed to the greater good through his activism. Now is our time to return the deed by helping Khai fix his mother's roof. This fundraiser aims to achieve RM5,000.00 in donation which is the estimated amount needed to fix the roof.

 

THE IMPACT


 

“Hakikatnya bukan untuk membalas kebaikan tetapi menyebarkan kebaikan ” - Julia Alvarez

Untuk membantu Khai dan ibunya membaiki atap rumah yang didiami, anda boleh membuat sumbangan melalui kempen ini. Hanya klik 'donate' dan kongsikan pautan kempen ini di laman sosial anda. 

Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membaiki atap rumah ibunya yang telah terjejas teruk akibat hujan lebat dan banjir yang melanda. Kos anggaran untuk membaiki atap tersebut adalah sebanyak RM5,000.00. Jika sumbangan dapat diterima dalam masa yang singkat, proses membaik pulih dapat dijalankan dengan segera.

 

EN: “The point is not to pay back kindness but to pass it on.” - Julia Alvarez

Donate to this fundraiser to help Khai fix his mother's roof. Click 'donate' and share this fundraiser link on your social media channel. The amount raised will be used to fix the roof that was badly damaged from the heavy rainfall and flood. If the target amount of RM5,000.00 can be raised in a short period of time, the process to fix the roof can be immediate.

 

Bantu Khai baiki Atap Untuk Rumah Ibu!

MYR 100.00

Raised of MYR 5,000.00 target.


1

2%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 100.00

07/02/2022
Soraya Begum
Moga dipermudahkn

About the Organization/Project behind this Campaign

NGOhub


NGOhub is an online and offline platform dedicated to enabling, empower and serving NGOs. We champion effectiveness, transparency, and sustainability, and we connect NGOs to information resources, experts, volunteers, and grants. Above all, we connect NGOs to each other, to inspire collaboration to solve society's problems together.