Raised of MYR 1,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Assalamualaikum, hai.
Saya, Amanina, pelajar tahun akhir dari Universiti Putra Malaysia. Saya juga merupakan alumni UiTM didalam bidang pengurusan perladangan. Semasa diploma saya banyak belajar tentang faedah dan kepentingan bertani kerana melalui pertanian kita akan dapat menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Keluarga di kawasan luar bandar Sabah terutamanya di Kota Belud mengalami masalah dari segi sekuriti makanan. Inisiatif daripada pihak Hopes Malaysia Welfare Association sedikit sebanyak dapat melegakan permasalahan yang dibelenggu mereka.
Namun, mereka memerlukan dana untuk meneruskan inisiatif yang dijalankan. Mereka memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi membolehkan mereka mengekalkan usaha mereka dan menambah lebih banyak ilmu berkaitan pertanian untuk menjamin sekuriti makanan yang mampan.
Selain itu, setiap RM100 yang terkumpul saya akan berjalan sejauh 1KM. Sekiranya saya berjaya mengumpul RM1000, saya akan berjalan sejauh 10KM. Oleh itu, saya berharap anda akan memberikan sokongan kepada saya dengan menderma kepada mereka.
Makanan yang berkualiti akan menjamin kehidupan yang baik. Jadi, ayuh sama sama kita membantu mereka untuk kecapi kehidupan yang berkualiti.
Raised of MYR 1,000.00 target.
Donors
Funded
Left