Visi Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)
Visi Yayasan al-Baghdadi Malaysia (YABM) dibangunkan dengan hasrat mencapai tiga matlamat. Pertama, untuk memberikan pendidikan al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA kepada Anak Yatim, Saudara Baharu dan Orang Asli di seluruh negara. Kedua, menjalankan aktiviti bagi tujuan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar al Quran, dan ketiga, menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi bagi menjayakan program Membasmi Buta al Qur’an di seluruh negara.
Sejarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)
YABM telah mula beroperasi secara rasmi pada 16 September 2011 bagi mencapai tiga matlamat penubuhannya seperti yang telah ditetapkan. Secara umumnya, dua tujuan pendanaan YABM adalah membiayai pengajian Al Quran secara khusus, dan menjalankan program kemasyarakatan serta kemanusiaan untuk golongan kurang berkemampuan. Program kemasyarakatan serta kemanusiaan antaranya adalah Infaq al-Qur’an, Infaq Barang Dapur, Infaq Food Pack dan Infaq Ambulans.
Setelah 12 tahun ditubuhkan, YABM terus giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan, terutamanya program membasmi buta al-Qur’an untuk golongan kurang berkemampuan seperti orang asli, saudara baharu dan anak yatim.
Sehingga kini, lebih 30,000 orang telah menerima manfaat melalui hasil sumbangan orang ramai ke tabung pendidikan YABM menerusi program pendidikan al Quran secara percuma. Bagi program kemasyarakatan dan kemanusiaan pula, lebih 142 program telah dianjurkan melibatkan hampir 4251 anak yatim, 1706 saudara Baharu, dan 1126 orang asli di seluruh negara.
Di samping itu, YABM juga telah melahirkan lebih 200 orang pelajar tadika Al Baghdadi yang boleh menguasai bacaan al-Quran seawal usia 6 tahun. Ini membuktikan tahap keberkesanan Teknik Al Baghdadi bagi pembelajaran al-Qur’an terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Apa Yang Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM) Lakukan
Gagasan utama Yayasan Al Baghdadi adalah untuk membasmi buta al-Quran, sekaligus meluaskan lagi penyebaran dakwah, dan kalamullah terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan. YABM mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam memperkenalkan teknik yang inovatif dan berkesan dalam pembelajaran al-Quran. Hal ini telah disokong dan disambut baik oleh para ilmuwan Islam seperti Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan), Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato’ Kiyai Haji Samsudin (Mantan Mufti Negeri Johor), Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor (Mantan, Mufti Negeri Pulau Pinang), Dato’ Sri Abdul Rahman Othman (Mantan Mufti Negeri Pahang), dan Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mantan Mufti Negeri Perak).
Selain itu, pelbagai kajian telah dijalankan berkenaan keberkesanan Teknik al Baghdadi dalam sistem pendidikan al-Quran. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Usuluddin, Univerisiti Malaya misalnya, mendapati bahawa teknik Al Baghdadi mempunyai tahap keupayaan yang lebih tinggi dari aspek menyebut huruf Hijā’iyyah dan tanda baris, membaca perkataan dan ayat al-Qur’an serta berkeupayaan menguasai hukum tajwid berbanding teknik Iqra’.
Tambahan lagi, teknik Al-Baghdadi juga dapat memudahkan pengajaran guru kerana murid dapat menguasai mata pelajaran dalam masa yang singkat dan dapat membentuk disiplin bacaan, sekaligus merangsang kemahiran dan tumpuan sepenuhnya. Teknik ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada semua lapisan umur daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Dapatan ini diperolehi hasil kajian oleh Noornajihan Jaafar, Universiti Sains Islam Malaysia.
Kejayaan Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)
Hasil kesungguhan dan usaha keras dalam menyempurnakan pelbagai inisiatif ini, YABM dengan kerjasama Al Baghdadi Group Sdn Bhd telah berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Malaysia Books of Records bagi,
Selain Itu, pelbagai anugerah lain turut dirangkul seperti,
Anugerah-anugerah yang berjaya dirangkul ini merupakan bukti kesungguhan dan iltizam YABM dan wargakerja Al Baghdadi dalam memartabatkan pendidikan al-Quran ke tahap global, seterusnya membentuk sebuah kerjaya profesional, khususnya dalam pendidikan al-Qur’an.
Total Funds Raised
Campaigns
yayasanalbaghdadi2017@gmail.com
0192785747
No.13 & 13A, Wisma Al Baghdadi Selayang 18,
Batu Caves