Persons With Disabilities

Trans Ekonomi/Kebajikan Pelbagai OKU terutama OKU Pekak

by Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT)

MYR 255.00

Raised of MYR 5,000.00 target.


8

5%

Over 6 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


OKU pelbagai ketidakupayaan terutama golongan OKU Pekak dan bisu sedang berhadapan arus pembangunan ekonomi dan kebajikan dalam dunia globalisasi yang mencabar. Sebahagian besar golongan OKU tersebut banyak bergantung bantuan bulanan dari kerajaan samada peringkat persekutuan dan negeri seperti Elaun Pekerja cacat (EPC) dan Bantuan Tidak bekerja (BTB) dan lain-lain bantuan disediakan agensi berkenaan. Bantuan ini TIDAK mencukupi untuk menampung ekonomi keluarga OKU terutama golongan isirumah OKU pelbagai ketidakupayaan . Kebanyakan pasangan OKU negeri Terengganu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak ramai bergantung kepada pendapatan yang tidak cukup oleh ketua keluarga apatahlagi ketua keluarga berstatus OKU. Sebahagian besar, ketua  keluarga OKU tersebut mempunyai pekerjaan sebagai buruh, tukang sapu dan hampir 40% tidak mempunyai pekerjaan stabil @ tidak bekerja. 

THE SOLUTION


Pihak POPT telah merangka pelbagai program / aktiviti bagi membantu menaik taraf ekonomi dan meningkat pendapatan golongan OKU isirumah. Antara aktiviti ialah diadakan bulan julai 2018 ialah :-

Kelas Memasak kepada golongan OKU pelbagai ketidakupayaan terutama OKU Pekak dan bisu. Kelas ini disasarkan keluarga yang mempunyai anak OKU yang tidak berupaya bekerja  ,  golongan wanita OKU pekak yang yang tidak bekerja ,   surirumah OKU Pekak dan OKU penerima bantuan bulanan dari kerajaan persekutuan dan negeri.

kelas ini mampu memberikan golongan OKU menjalankan perniagaan sendiri serta mampu mencari pendapatan sampingan . Selain itu, mereka dapat menjalankan perniagaan di rumah selaras dengan dasar SOHO(“Small Office,Home Office”),iaitu bekerja di rumah.

Bagaimana dana akan digunakan:

Utiliti, sewa dewan dan lain2 =RM1000

Peralatan memasak, bahan2 mentah dan lain keperluan memasak =RM3000

Chef jemputan, minyak petrol, sukarelawan jurubahasa isyarat dan lain2 =RM1000

THE IMPACT


Pusat komunikasi Orang Pekak (PUSKOM) yang beroperasi dalam pertubuhan berdaftar dengan ROS peringkat negeri Terengganu seperti Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) kerana ia satu-satunya pusat yang menyediakan kemudahan perkhidmatan Jurubahasa Isyarat yang telah ditauliahkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyASLI) dengan selaras Akta OKU 2008 . ia membantu memberi perkhidmatan jurubahasa isyarat kepada Chef/ tenaga pengajar jemputan dalam kelas tersebut.

kelas ini memberi impak sangat besar kepada mereka antaranya ialah ;-

  • Menggalakkan wanita terutama surirumah OKU  berdikari dengan memanfaatkan kemahiran yang diperolehi untuk keluarga sendiri di samping dapat mengubah taraf ekonomi keluarga OKU..
  • Peserta dapat menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi untuk membuka bengkel-bengkel masakan dan lain-lain secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka
  • Mengurangkan kebergantungan penerima bantuan dari kerajaan persekutuan dan negeri seperti EPC , BTB dan lain2 bantuan.

Goal Breakdown

Goal 1 - Uniliti, sewa dewan dan lain2. Amount Needed: MYR1,000.00

Goal 2 - Peralatan memasak, bahan2 mentah dan lain keperluan memasak. Amount Needed: MYR3,000.00

Goal 3 - Chef jemputan, minyak petrol, sukarelawan jurubahasa isyarat dan lain2. Amount Needed: MYR1,000.00

Donate / Sumbangan Meningkatkan Ekonomi / Kebajikan OKU

MYR 255.00

Raised of MYR 5,000.00 target.


8

5%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 100.00

21/06/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 5.00

21/06/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.00

07/06/2018
Anonymous Donor

About the Organization/Project behind this Campaign

Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT)


Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) ialah sebuah organisasi bantu diri peringkat Negeri yang dikawalselia oleh orang Pekak sendiri. POPT ditubuhkan pada 26 Julai 2000 serta didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftarannya ialah PPM-021-11-26072000.

POPT juga merupakan ahli gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang bernaung dibawah World Federation of the Deaf (WFD) . WFD turut bernaung di bawah United Nation (UN). POPT berazam mewujudkan komuniti Pekak yang berwibawa, berdaya saing di bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan kerjaya sejajar dengan matlamat Negara.

Objektif utama ialah
1.Membantu menjaga kebajikan dan mencari peluang kemudahan seperti rawatan kesihatan, khidmat kaunseling, pendidikan / latihan dan perundangan untuk OKU pelbagai ketidakupayaan terutama golongan pekak dan bisu.

2.Berusaha mendapatkan peluang kerjaya dan membela nasib mereka untuk keadilan dan kesamaan mendapatkan pekerjaan samaada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta.

3.Pengerak aktiviti sosial serta memberi bimbingan akhlak dan juga pengetahuan berhubung kehidupan dan masyarakat melalui seminar atau kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak Persatuan.

4.Memartabatkan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada masyarakat dengan mengadakan program seperti Kelab Bahasa Isyarat Malaysia untuk orang ramai.

5.Membela dan memperjuangkan untuk golongan orang OKU ini bagi mendapatkan hak mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.