Raised of MYR 200,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Tahun 2020 adalah tahun ujian bagi seluruh dunia kerana penularan wabak Covid-19 yang menyerang dan melumpuhkan pelbagai sektor. Kita melihat di Malaysia, bermula 18 Mac telah diperkuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka kesan daripada ini kita dapat melihat sektor pendidikan dan industri ditutup bagi membendung penularan wabak.
Statistik Kementerian Sumber Manusia telah menganggarkan hampir 50 peratus pengganguran berlaku akibat pembuangan pekerja yang semakin meningkat. Dari anggaran 50 peratus ini, rata rata dari mereka adalah golongan berpendapatan B40 dan keluarga miskin.
Jadi, bayangkan bagaimana mereka nak mulakan kehidupan pasca Covid-19 yang memerlukan sumber kewangan untuk pendidikan anak mereka serta keperluan isi rumah?
Kempen Pendidikan Anak Asnaf dan Miskin 2020 adalah kempen yang telah memasuki tahun ke-2 pada tahun ini. Kempen ini bertujuan untuk membantu anak asnaf dan miskin mendapat akses pendidikan yang sempurna di samping membantu untuk meringankan beban keluarga mereka untuk memenuhi keperluan yang lain. Kempen ini membantu memperkasakan pendidikan warga emas.
Di bawah kempen ini, kami mempunya tiga inisiatif yang menggerakan agenda merakyatkan pendidikan iaitu:
Dengan kempen ini, kami akan dapat menaja anak asnaf dan miskin seramai 5000 orang dan akan bertambah mengikut aduan dan makluman kepada kami. Tajaan ini termasuklah:
Pada tahun 2019, kami telah berjaya memberi sinar kepada lebih 3000 anak asnaf dan miskin untuk mendapat akses pendidikan.
Kita mahu dunia yang lebih baik, jadi bermula dari pendidikanlah individu akan dibentuk dan kemudian mereka akan membina masyarakat yang sejahtera.
Raised of MYR 200,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuang membangunkan projek-projek pendidikan yang uni dan berkualiti yang menepati keperluan ummah.
PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan bernaung di bawah PACU iaitu:
1) Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI)
2) Raudhatul Huffaz (RH)
3) i-Backyard Science (IBS)
4) Projek Tuisyen Ummah (PROTU)
OBJEKTIF PENUBUHAN
VISI
MISI