Raised of MYR 50,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Bantuan Kecemasan Bencana 2019
Perubahan Monsun pada tahun ini agak membimbangkan, hujan lebat telah mengakibatkan beberapa kawasan seperti di Kuala Selangor, Perak, Kedah dan Perlis telah dilanda banjir skala sederhana. Hingga hujung tahun ini, NADMA dan Agensi Keselamatan Negara telah bertindak untuk mencegah bencana seperti banjir dan telah membuka beberapa pusat bencana bagi meletakkan mangsa banjir lebih selamat
Selain itu, masalah kawasan penempatan sementara banjir akan mengalami pelbagai masalah seperti, kebersihan, kawalan air bersih, warga emas kesejukan dan yang mempunyai masalah sakit kronik juga tahap kebersihan makanan yang dimasak di tempat penempatan
Sehubungan dengan itu persediaan awal CRSMalaysia melalui Bantuan Kecemasan Bencana 2019 akan menghulurkan bantuan secara terus kepada mangsa dari segi :
- Perubatan
- Makanan Kering
- Kebersihan Kawasan Penempatan
- Keutamaan Ambulans Kepada Warga Emas,Ibu Mengandung, Pesakit Kronik dan Warga Awam yang berada dalam kecemasan
- Khidmat Pemeriksaan Kesihatan di Kawasan Penempatan Mangsa Banjir dan Kawasan Rumah Mangsa selepas banjir surut
Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
No. | Perkara | Kos |
1. | Kos ambulans, fasiliti pengurusan, dan elaun pekerja ambulans yang bertugas | RM 10,000.00 |
2. | Kos pengurusan peralatan perubatan yang diperlukan mangsa banjir/pesakit kronik | RM 23,410.00 |
3. | Set barang keluarga, set kelengkapan bayi dan set barang dewasa | RM 12,820.00 |
4. | Peralatan pembersihan selepas banjir | RM 3770.00 |
Jumlah keseluruhan kos projek ialah RM 50,000.00.
Setelah melengkapkan tabung bantuan bencana ini, kami CRSMalaysia akan terus membantu mangsa banjir hingga para bantuan akan mendapatkan kehidupan lebih baik selepas bencana. Malah kami akan terus membantu dari segi perkhidmatan Ambulans untuk mangsa yang memerlukan.
Raised of MYR 50,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) ditubuhkan pada 6 September 2012 dan berteraskan 3 peranan utama dalam membantu masyarakat iaitu; Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Bantuan Bencana dan Khidmat Komuniti. "Komited Kepada Masyarakat". Jom! Sertai Kami Sebagai Sukarelawan!