Health

Thyroid Cancer, SAVE MY MOTHER

by Ainul Ashikin

MYR 372.10

Raised of MYR 21,500.00 target.


4

2%

Over 1 Year

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Our beloved mother Hasnah binti Ismail(62), a single mother, and a persistent entrepreneur in her small business are now only able to rest in the ward. Have 6 children, one disabled (Hearing).

Children - HALIFF, AKMAL, ASHIKIN, UMAR, HAZIN, RABIAH


At first, it was just a common sore throat for the last 3 months, but it gets worse day by day until we met the specialist doctor. Specialist doctors confirm it as a serious thyroid based on the rapid enlargement within 3 months. Biopsy tests and CT Scans show that our mother had Anaplastic Thyroid Carcinoma. This type of thyroid cancer is a dangerous and very rare case.

The specialist doctor suggests that we need to do surgery immediately. If not, cancer will grow and interfere with the nerves in the brain and constrict the airways. Specialist doctors also recommend installing a Tracheostomy. Tracheostomy is a surgical airway management procedure which consists of making an incision on the anterior aspect of the neck and opening a direct airway through an incision in the trachea.

MEDICAL EXPLANATION

Before being diagnosed with cancer, my mother has not been able to eat and drink as usual. Even the head and throat always feel sore and throbbing. We can't bear to see her suffering. We also tried other alternative treatments but still did not heal. Mom can only lie down, sleep and takes painkillers. Surgeons think surgery should be done immediately because cancer continues to spread rapidly and can lead to death. Finally, she safely undergoes two (2) emergency surgeries on March 27, 2023.

A total of 80% of the cancer was successfully removed. While 20% of the cancer cells are still attached to the brain nerves. Radiotherapy is the last resort to kill the remaining cancer cells. After removing cancer, the specialist needs to install a Tracheostomy tube. Now she needs to get used to the Tracheostomy device on the throat and she needs intensive care, so she doesn't get infected with germs. We are pleased with what happened to our mother and we will continue to give strong emotional and positive support to her.

THE SOLUTION


OPERATION’S COST

No Details Cost
1.

Pembedahan Buang Kanser dan Pasang Tracheostomy 

- Jumlah kos: RM15,000 ( Telah bayar RM12,000)

RM3000.00
2.  Rawatan Radiotherapy - April 2023 RM15,000.00
3. Caj Hospital - Wad dan Ubatan (Anggaran) RM3500.00
Jumlah    RM21,500.00

 

We hope that this medium can help ease the burden to cover the remaining costs of surgery, hospital charges and radiotherapy.


- Versi Bahasa Malaysia -

Bonda tercinta kami Hasnah binti Ismail(62 tahun), seorang ibu tunggal, seorang usahanita gigih dalam perniagaan kecil beliau, kini hanya mampu berehat di wad. Mempunyai 6 orang anak, seorang anak OKU(Pendengaran). 


MASALAH

Pada mulanya hanya sakit tekak biasa sejak 3 bulan lepas, namun semakin hari semakin sakit, sehinggalah berjumpa doktor pakar. Doktor pakar mengesahkan tiroid yang serius berdasarkan tempoh pembesaran yang cepat. Ujian Biopsy dan CT Scan menunjukkan emak menghidap Kanser Anaplastic Thyroid Carcinoma. Kanser jenis ini amat bahaya dan jarang berlaku. Doktor pakar mencadangkan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Jika tidak, kanser akan membesar dan menganggu saraf-saraf ke otak dan menghimpit saluran pernafasan. Doktor pakar juga mencadangkan perlu memasang Tracheostomy. Ia adalah lubang di saluran udara atau trakea untuk memasukkan tabung yang dapat membantu jika kesulitan bernafas dan mengalami penurunan kadar oksigen yang signifikan atau kegagalan sistem pernafasan.

PENJELASAN PERUBATAN

Sejak disahkan kanser, emak tidak boleh makan dan minum seperti biasa. Malah kepala dan tekak sentiasa berasa sakit dan berdenyut. Tidak sanggup kami melihat beliau menanggung kesakitan. Kami juga ikhtiar rawatan alternatif lain namun masih tidak sembuh. Emak hanya mampu berbaring, tidur dan menelan ubat tahan sakit. Pakar bedah berpendapat pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana kanser terus merebak dengan pantas dan boleh mengakibatkan kematian. Akhirnya beliau selamat menjalani dua(2) pembedahan kecemasan pada 27 Mac 2023.

Sebanyak 80% kanser telah berjaya dibuang. Manakala 20% kanser masih ada di saraf ke otak. Kaedah radioterapi adalah jalan terakhir untuk membunuh baki sel-sel kanser. Selepas membuang kanser, pakar perlu menebuk lubang untuk memasang tiub Tracheostomy. Sekarang beliau perlu membiasakan diri dengan alat Tracheostomy di tekak kerana perlu penjagaan rapi supaya tidak dijangkiti kuman. Kami redha dengan apa yang berlaku pada emak. Kami terus memberi sokongan emosi dan positif yang kuat pada emak.

PENYELESAIAN


KOS PEMBEDAHAN

No Maklumat Kos
1.

Pembedahan Buang Kanser dan Pasang Tracheostomy 

- Jumlah kos: RM15,000 ( Telah bayar RM12,000)

RM3000.00
2.  Rawatan Radiotherapy - April 2023 RM15,000.00
3. Caj Hospital - Wad dan Ubatan (Anggaran) RM3500.00
Jumlah    RM21,500.00
 
Harapan Kami : 
Besarlah harapan kami, asbab medium ini dapat membantu meringankan beban bagi menampung baki kos pembedahan, caj hospital dan radioterapi.
 

Please help us!

MYR 372.10

Raised of MYR 21,500.00 target.


4

2%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 10.00

09/05/2023
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 31.95

20/04/2023
Anonymous Donor
Semoga dipermudahkan aamiin

Amount Donated

MYR 319.50

02/04/2023
Anonymous Donor
All the best

Amount Donated

MYR 10.65

02/04/2023
Lee Soon Hong

About the Organization/Project behind this Campaign

Ainul Ashikin


Assalamualaikum / hello kind-hearted people!

Saya Ainul Ashikin, berumur 32 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai kewangan. Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan salah seorangnya OKU pendengaran. Tujuan saya mencipta kempen ini adalah untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dari orang ramai bagi membantu kami menampung kos perbelanjaan bagi pembedahan, hospital dan rawatan susulan buat ibu tercinta kami yang disahkan menghidap cancer thyroid kategori anaplastic. Cancer jenis ini amat jarang berlaku dan teramat merbahaya. Kini ibu saya sudah selamat menjalani 2 pembedahan iaitu pembuangan cell cancer dan pembedahan bagi pemasangan Thracheostomy bagi membantu dan menyokong pernafasan beliau. 

Saya dengan rendah hatinya, ingin memohon bantuan kewangan dari kalian yg baik hati. Semoga Allah mengangkat darjat kalian dan membalasnya dengan berjuta kebaikan. Terima kasih. Jazakallahu Khairan.