Raised of MYR 30,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Projek jambatan kayu di Kampung Simunul, ini bermatlamat untuk membantu masyarakat di Kampung Simunul membina jambatan di kampung mereka yang musnah akibat kebakaran pada 2 April 2021. Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 100 buah rumah serta turut memusnahkan jambatan kayu yang menjadi laluan utama di kampung tersebut. Kebakaran Pembinaan jambatan kayu sepanjang 500 meter ini dijangka akan siap sebelum sambutan Aidilfitri dan dijangka akan memanfaatkan 200 isi rumah. Projek ini merupakan inisiatif Impactive Malaysia untuk membantu penduduk Kampung Simunul membina semula jambatan memandangkan rata-rata penduduk di kampung tersebut merupakan golongan kurang berkemampuan dan berada di paras kemiskinan
Kempen ini memerlukan dana RM 80000 yang akan digunakan untuk membina 3 jambatan sepanjang 500 meter. Jambatan yang akan dibina juga merupakan laluan utama penduduk untuk ke masjid. Projek ini juga merupakan inisiatif Impactive Malaysia untuk membuka mata masyarakat agar sama-sama menyumbang bagi membantu golongan kurang bernasib naik di Semporna, Sabah
Impak projek ini ialah memberi kemudahan infrastruktur kepada penduduk kampung melalui pembinaan jambatan kayu di Kampung Simunul, Semporna Sabah dan Memberi kelancaran dalam kegiatan ekonomi dan kegiatan kegamaan setempat (jambatan kayu ini merupakan laluan utama untuk ke masjid).
Goal 1 - Membeli bahan membuat jambatan. Amount Needed: MYRRM 20 600
Goal 2 - Bayaran tukang kayu dan orang kampung. Amount Needed: MYRRM 7500
Goal 3 - Logistik. Amount Needed: MYRRM 1900
Raised of MYR 30,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Impactive Malaysia (nombor pendaftaran pertubuhan: PPM-015-10-22012021) rujuk lampiran 1 merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada Mei 2019 oleh Saudara Khairul Jamain. Impactive Malaysia merupakan sebuah pertubuhan berorientasikan kebajikan yang menumpukan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari segi sosial dan ekonomi di dalam dan luar negara.
Impactive Malaysia juga telah menjalankan beberapa misi kemanusiaan di Kenya, Sudan dan Indonesia. Misi Kemanusiaan di Mombasa, Kenya pada 2017 telah dijalankan bagi membantu masyarakat tempatan yang kurang bermampuan melalui pembinaan sekolah, madrasah, bengkel komuniti untuk membantu penagih dadah, projek kasut sekolah dan perigi air. Pada 2017 juga, Misi Kemanusiaan di Sudan telah digerakkan dan telah membantu penduduk tempatan membaik pulih sekolah, pemasangan panel solar dan membantu ekonomi anak muda. Di Indonesia, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Lombok pada tahun 2018, digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi di Lombok dari segi pengagihan bantuan pakaian asas dan makanan asas.
Di Malaysia, antara projek kemanusiaan yang telah dijalankan oleh Impactive Malaysia pada tahun 2019 ialah Projek Khatan Murid Sekolah Sampah di Sandakan, Sabah, Projek Baiki Jambatan di Kampung Batu dan Projek Al-Quran Pulau ke Pulau di Semporna, Sabah. Pada tahun 2020, Impactive Malaysia telah menggerakkan Tabung COVID-19 untuk membantu Komuniti Pulau dan ‘stateless’ di Semporna melalui sumbangan barangan asas. Untuk tahun 2021, antara projek kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Impactive Malaysia pada tahun 2021 ialah Misi Tab untuk Anak Sabah. Projek ini telah membantu seramai 26 orang pelajar dari kalangan pelajar kurang berkemampuan di Sabah memiliki tablet untuk mengikuti pembelajaran atas talian.