Education

Kempen Pendidikan Anak Asnaf dan Miskin 2021

by Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

MYR 10.00

Raised of MYR 100,000.00 target.


1

0%

About 3 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Tahun 2020 adalah tahun ujian bagi seluruh dunia kerana penularan wabak Covid-19 yang menyerang dan melumpuhkan pelbagai sektor. Kita melihat di Malaysia, bermula 18 Mac telah diperkuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka kesan daripada ini kita dapat melihat sektor pendidikan dan industri ditutup bagi membendung penularan wabak.

Statistik Kementerian Sumber Manusia telah menganggarkan hampir 50 peratus pengganguran berlaku akibat pembuangan pekerja yang semakin meningkat. Dari anggaran 50 peratus ini, rata-rata dari mereka adalah golongan berpendapatan B40 dan keluarga miskin.

Jadi, bayangkan bagaimana mereka nak mulakan kehidupan pasca Covid-19 yang memerlukan sumber kewangan untuk pendidikan anak mereka serta keperluan isi rumah?

THE SOLUTION


Kempen TABUNG PENDIDIKAN ASNAF 2021 ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bagi melestarikan program berasaskan pendidikan untuk setiap generasi di Malaysia yang tidak berkemampuan. Setiap sumbangan anda, akan disalurkan kepada 3 inisiatif pendidikan iaitu Raudhatul Huffaz( kelas mengaji), Pusat Tuisyen Ummah (tuisyen anak asnaf), dan Pusat Pendidikan Masyarakat Anjung Insyirah (warga emas & mualaf ).

 IMG_256

 

 

Alhamdulillah, dengan sumbangan Tuan/Puan selama ini, Tabung Pendidikan Asnaf dapat menaja mereka untuk terus belajar.

 

THE IMPACT


Dengan kempen ini, kami akan dapat menaja anak asnaf dan miskin seramai 5000 orang dan akan bertambah mengikut aduan dan makluman kepada kami. Tajaan ini termasuklah:

  • kit pendidikan (alat tulis dan buku)

  • prasarana pendidikan (kerusi,meja,almari)

  • Pakaian

  • makanan sepanjang menetap di pusat pendidikan 

  • keperluan asasi

  • penggajian staf dan tenaga pengajar

 

 

SERAMAI 358 ORANG PELAJAR TELAH MENDAPAT MANFAAT PENDIDIKAN INI PADA TAHUN LEPAS, YANG MANA PROJEK INI DIJALANKAN DI SEKITAR SEMENANJUNG SABAHIMG_256

Gambar2-Pelajar-02

Jom semua kita mengambil keberkatan setiap rezeki yang Allah S.W.T berikan kepada kita dengan memberi sumbangan kepada 3 inisiatif ini untuk membantu anak-anak yatim dan golongan anak asnaf ini. Moga pada tahun ini lebih ramai anak-anak asnaf dan warga emas dapat meneruskan pelajaran ini hasil sumbangan tuan/puan .

 

 

Jom Menyumbang!

MYR 10.00

Raised of MYR 100,000.00 target.


1

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 10.00

18/07/2021
Nur Nazahah
Doakan perniagaan kecil saya terus maju supaya saya dapat memberi lagi dengan banyak

About the Organization/Project behind this Campaign

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)


Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuang membangunkan projek-projek pendidikan yang uni dan berkualiti yang menepati keperluan ummah.

PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan bernaung di bawah PACU iaitu:

1) Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI)

2) Raudhatul Huffaz (RH)

3) i-Backyard Science (IBS)

4) Projek Tuisyen Ummah (PROTU)

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Membangunkan program program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat
  • Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah
  • Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringkat usia
  • Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim hebat

VISI

  • Mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad)

MISI

  • Membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan ummah