Raised of MYR 10,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Apa yang saya sedar di sini banyak kekurangan dan peluang bagi masyarakat Orang Asli dalam bidang sukan, tiada peluang yang tercipta walaupun ada di kalangan mereka berbakat dan berpontensi besar dalam bidang sukan seperti Bola Sepak, Sepak takraw, Futsal dan Badminton. Jadi di sebabkan kekurangan alat sukan tersebut, bakat mereka terhalang dan tiada pendedahan. Dalam masa yang sama juga saya ingin memupuk aktiviti yang sihat di kalangan anak-anak muda mudi masyarakat Orang Asli.
Saya berusaha untuk mencari dana untuk menganjur Hari Sukan Orang Asal di peringkat kampung untuk mencungkil bakat anak- anak Orang Asli untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih jauh seperti di peringkat dearah, negeri mahu pun di peringkat kebangsaan serta di beri peluang kepada mereka untuk mengubah pendirian mereka ke arah yang lebih baik serta mampu mengharumkan nama negara.
Saya sangat berharap selepas daripada penganjuran atau program ini kita dapat memilih atau dapat mencari bakat-bakat sebenar di kalangan anak-anak muda mudi Orang Asli serta membuka mata pihak luar yang berkenaan untuk memberi mereka peluang kepada anak-anak muda mudi Orang Asli. Dan program ini juga dapat memberi kesan yang baik kepada anak-anak muda mudi Orang Asli untuk melaku aktiviti yang sihat secara langsung nya dapat mengelakkan mereka melakukan aktiviti yang tidak sihat yang tidak memberi sebarang manfaat kepada diri mereka sendiri.
Goal 1 - Peralatan Sukan. Amount Needed: MYR5,000.00
Goal 2 - Hadiah & minuman. Amount Needed: MYR3,000.00
Goal 3 - Pihak Pengadil. Amount Needed: MYR2,000.00
Raised of MYR 10,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Mempupuk semangat kesukanan di kalangan masyarakat Orang Asli serta memberi mereka peluang untuk menonjolkan bakat mereka.