Raised of MYR 10,000.00 target.
Donors
Funded
Left
World Drug Report melaporkan anggaran seramai 13.8 juta kanak-kanak berusia antara 15-16 tahun adalah pengguna dadah daripada jenis kanabis (World Drug Report, 2018). Agensi Anti Dadah Kebangsaan pula melaporkan di Malaysia, 72.9% (89,797) penagih dadah berada di peringkat sekolah rendah dan menengah. Golongan belia merupakan sebahagian besar daripada populasi penagih dadah di Malaysia pada tahun 2021 dan trend ini amat membimbangkan.
Antara punca utama penyalahgunaan dadah adalah:
Usia kanak-kanak dan remaja adalah tempoh waktu penting lagi sukar yang perlu diberikan perhatian. Sewaktu dalam tempoh ini, kanak-kanak dan remaja mudah dipengaruhi dan tidak memiliki keupayaan untuk membuat pertimbangan dengan baik. Sekiranya tidak mendapat bimbingan, dorongan dan sokongan yang baik, mereka berisiko untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada usia yang muda.
Waktu senggang mereka harus diisi dengan program berkualiti. Namun, bukan mudah untuk menarik minat mereka apatah lagi untuk memastikan pengisian program memberikan impak kepada diri mereka. Untuk menjalankan program berkualiti juga memerlukan masa, tenaga dan sumber kewangan yang mencukupi. Sebagai organisasi bukan kerajaan, Drug Free Malaysia memerlukan bantuan dari segi pendanaan awam untuk menjayakan programnya.
Drug Free Malaysia bercadang untuk menjalankan Kem Drug Free Heroes pada 20 -22 Januari 2023 di Semenyih Ecoventure Resort & Recreation. Kem ini bakal memberikan pendedahan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah selain daripada memberikan penekanan minda sihat kepada remaja. Kaedah yang akan diterapkan ialah dengan menggunakan terapi seni, muzik dan sukan lasak untuk menarik minat mereka. Kaedah ini dilihat efektif kerana ia dapat diteruskan oleh peserta kem meskipun setelah kem berakhir sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapaing.
Sila rujuk poster kem dibawah untuk maklumat lanjut
Dengan bantuan kalian, kem ini dapat direalisasikan untuk tempoh 3 hari 2 malam. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta kem tetapi juga komuniti.
Apabila belia dalam komuniti mengisi masa dengan aktiviti berfaedah yang dipelajari daripada kem melalui aktiviti muzik, seni dan sukan, belia dalam komuniti menjadi lebih berkualiti. Komuniti juga tidak akan dibelenggu masalah penyalahgunaan dadah sekaligus menjadi lebih selamat dan harmoni.
Raised of MYR 10,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Drug Free Malaysia is a non-profit body registered with Registration Of Society which was established from 2017 before changing its name from Drug Free Youth Association registered under Registration Of Youth in 2010. The main purpose of establishing DFM is to raise awareness about the dangers of drug abuse to individuals, family, friends, community & Country. DFM's approach is to fill the youth's free time with various activities, especially music and extreme sports to avoid the youth from unhealthy symptoms and other social problems. DFM consists of youths who love music and extreme sports. DFM also tries to promote a healthy & positive lifestyle through the songs produced. The bands under the auspices of DFM are also clean from all social symptoms and drug abuse. Drug Free Malaysia also organizes campaigns to promote positive living values such as Anti-Racism Day, against the destruction of nature, anti-drug campaign, Straight Edge and also a day without tobacco. World anti -drug day and anti -drug day are celebrated annually by DFM. We work closely with the National Anti -Drug Agency and our NGO Partners Pemadam, Pengasih and MASAC.