Raised of MYR 13,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Orang Asli Kampung Shah RPS Kemar hidup tanpa akses kepada bekalan air bersih. Kehidupan mereka berisiko kerana mereka terpaksa berjalan sejauh 200 meter melalui tebing sungai untuk mendapat bekalan air. Kaum wanita, terutamanya ibu-ibu mengandung kadangkala tiada pilihan lain selain merisikokan diri mereka. Penduduk kampung tersebut tiada pilihan lain dengan meminum air dari sungai yang kotor untuk meneruskan kehidupan dan melakukan aktiviti harian seperti mengambil air minuman dan membasuh pakaian. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan mereka memandangkan mereka terdedah kepada penyakit akibat daripada meminum air yang tercemar.
Untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih, satu cadangan untuk membina saluran air diputuskan. Kos untuk menyediakan kelengkapan bahan binaan saluran air seperti berikut:
Kelengkapan | Ukuran | Bilangan |
---|---|---|
Poli paip | 90 mm | 6 gulong |
Poli paip | 63 mm | 15 gulong |
Poli paip | 50 mm | 14 gulong |
Poli paip | 25 mm | 4 gulong |
Poli paip | 20 mm | 4 gulong |
Penyambung | 90 mm | 16 unit |
Penyambung | 90 mm – 63 mm | 2 unit |
Penyambung | 63 mm | 40 unit |
Penyambung | 63 mm – 50 mm | 2 unit |
Penyambung | 50 mm – 32 mm | 2 unit |
Penyambung | 50 mm | 40 unit |
Penyambung | 32 mm – 25 mm | 2 unit |
PVC | 10 kaki | 1 unit |
Projek ini akan meringankan beban penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan air bersih selain mengurangkan risiko penyakit bawaan air seperti taun, hepatitis A dan keracunan makanan. Penduduk di Kampung Shah RPS Kemar dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih selamat dan masalah bekalan air bersih dapat di atasi.
Goal 1 - Paip poli (6 saiz yang berbeza). Amount Needed: MYR11,400.00
Goal 2 - Penyambung paip (7 saiz yang berbeza). Amount Needed: MYR1,780.00
Goal 3 - PVC . Amount Needed: MYR20.00
* Dapat bekalan air bersih
* Memudahkan urusan Suri rumah dlm mendptkan bekalan air
* Mengurangkan penyakit berjangkit seprti cirit birit
Membekalkan penduduk koa Shah RPS kemar bekalan air bersih
Raised of MYR 13,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Nama saya Noor Azlina dan saya seorang sukarelawan dari Poss RPS Kemar. Tujuan saya adalah untuk membantu masyarakat orang asli menjadi lebih baik kerana kebanyakan mereka masih tinggal di kawasan luar bandar tanpa air bersih, makanan dan elekterik.
Saya seorang sukarelawan ingin membantu mereka untuk kemudahan seharian mereka, tak kira dari segi apa apa pun dan juga saya ada sebuah pusat sumber komuniti , Jika ada siapa ingin memberi subangan buku kepada pusat sumber saya. sila hubungi saya disini 013-4105944. tak kira jenis buku apa asalkan buku itu adalah buku untuk kanak-kanak sahaja.Terima kasih