Raised of MYR 10,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Banyak individu dan kumpulan yang terkesan akibat daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular. Antara kumpulan yang paling terkesan adalah mereka yang menjana pendapatan harian atau mingguan seperti peniaga kecil atau kerja kilang. Penularan wabak Covid-19 pasti menyukarkan mereka untuk mendapatkan keperluan harian seperti makanan apatah lagi sekiranya mereka mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
Prihatin dengan keperluan masyarakat setempat terutama di kawasan utara, Persatuan Gerakan Amal Bersama telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dengan melancarkan Tabung Dana Bantuan Krisis Wabak Covid-19.
Bantuan kewangan ini akan disalurkan terus kepada pembekal dan penerima boleh terus mengambil bantuan daripada pembekal.
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 100 buah keluarga yang bernilai RM100 untuk satu keluarga dengan menyalurkan bantuan bekalan makanan terutama bagi menghadapi kesukaran terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Bantuan tersebut akan merangkumi barangan makanan seperti berikut:
Beras - 10kg
Tepung - 2 pek
Gula - 2 pek
Teh - 1 kotak
Kicap - 1 botol
Minyak - 2 pek
Telur - 1 papan
Sardin - 2 tin
Susu - 2 tin
Biskut - 2 pek
Bawang - 1 kg
Bihun - 1 pek
Raised of MYR 10,000.00 target.
Donors
Funded
Left
GRAB berhasrat menjadi sebuah persatuan yang bersistematik serta menpunyai objektif yang berlandaskan kerja amal. Mensasarkan golongan, fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, pesakit - pesakit kronik, anak yatim yang susah, sebagai individu yang akan mendapat faedah langsung dan diperkasakan di bawah satu pengurusan yang efisyen dan dinamik.
GRAB mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak untuk bersama - sama menjayakan gerakan amal bersama. Kami berharap dapat memupuk dan membina masyarakat prihatin dan bekerjasama bantu-membantu sesama insan. Segala sumbangan tenaga,kewangan, sokongan moral dan sebagainya kami dahulukan dengan terima Kasih.