Raised of MYR 30,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Pada 6 Julai 2022 ketika penghuni rumah jagaan kami sedang berehat di ruang yang disediakan, mereka telah nyaris dihempap bumbung yang runtuh akibat hujan lebat dan ribut. Sudah menjadi kebiasaan untuk penghuni di rumah jagaan kami untuk melakukan aktiviti, berehat dan meluangkan masa di ruang tersebut. Mujur beberapa saat sebelum kejadian, kami telah meminta dan memindahkan penghuni ke dalam - tiada kemalangan jiwa akibat daripada runtuhan tersebut.
Namun, ruang yang disediakan telah mengalami kerosakan yang amat teruk dibahagian bumbung. Seperti yang dimaklumkan, ruang ini adalah antara kawasan utama untuk penghuni rumah jagaan kami. Tanpa ruangan ini, agak sukar untuk mereka melakukan aktiviti dan mendapatkan pencahayaan yang secekupnya sambil berehat.
Tonton Video Litar Tertutup (CCTV) Semasa Kejadian
Baca Artikel Mengenai Kejadian oleh Malaysia Gazette
Anggaran kerosakan dan kos baik pulih adalah sebanyak RM30,000.
“Saya mengharapkan agar ada pihak seperti agensi kerajaan atau orang ramai menyumbang dana bagi membolehkan kami menjalankan kerja pembaikpulihan dengan segera,” - Pengerusi Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas, Jefri Abdul Rahman
Dengan memuat naik kempen pendanaan ini, diharapkan agar kerja baik pulih dapat dijalankan dengan segera.
Kerja baik pulih yang segera membolehkan struktur bumbung di ruangan terjejas dibaiki. Ruangan ini amat penting bagi kira-kira 40 penghuni kami. Ketika ini, mereka masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku.
Ruangan tersebut apabila dibaiki dapat mengembalikan norma dalam aktiviti seharian mereka.
Raised of MYR 30,000.00 target.
Donors
Funded
Left
Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas Johor Bahru (Formerly known as Persatuan Kebajikan Orang-Orang Istimewa) is a welfare association for the mentally challenged, handicapped and physically ill people from all around Malaysia.